a) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang??
-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...
b) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??
-Misai (michai..kata nina)
c) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu?
-Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen
d) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
-Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..
e) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
-Penguin
f) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?
-Katakanlahhhhhh. .. (Hazami kod)..
g) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ?
-Sebab anak tu perempuan..huar. .huar..huar. .
h) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah tak akan berkurangan?
-Tempat Perkuburan.. . (serammm... heyyy maknusia..!! )
i) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia?
-Lingkaran nyamuk Shieldtox
j) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
-Bahrain (b`coz bah dulu, rain komdian)
k) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?
-Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 towun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp..
No comments:
Post a Comment